tab

 photo Tab.jpg  photo TAB2.jpg  photo TAB3-1.jpg  photo doa.jpg

07 Februari 2011

Yang pahit dan yang manis...

Pedoman di hari muka...
Dalam sedar x sedar, kita sebenarnya selalu berada dalam persimpangan kehidupan...mana satu keputusan yang harus kita buat..nak pilih ''A'' ke ""B" ? Nak buat ''Yang itu'' ke ''Yang ini''...Kehidupan masa kini bagi saya terlalu mencabar, baik dari segi apa sekalipun...Kewangan, Percintaan, Persahabatan mahupun Kisah Kekeluargaan...



Ironinya, keempat² perkara diatas berkait rapat sesama sendiri. Korang pernah dengar tentang kekasih yang curang terhadap pasangannnya? hanya kerana si kekasih itu  tak mampu untuk memberi kesenangan atau kemewahan secara total kepada si pasangannya..hmmm..perkara ini terlalu kerap berlaku..tetapi kalau kita pandai pilih pasangan.. perkara macam ni mesti susah nak jadi dalam kehidupan kita..so..nak jadi kekasih yang baik..buatlah perkara yang baik pada pasangan kita, InsyaAllah berkekalan la nanti ke jinjang pelamin..kita di haruskan mencari jodoh yang baik buat diri kita..unntuk teman didunia dan akhirat, tak kan korang nak pilih teman yang 'tak 'ngam'' ngan korang kan..? ( Haku je yang blom jumpa soul mate nih..  )

Dalam persahabatan plak..kawan makan kawan berlambak kan..? memang susah nak pilih kawan ...macam mana nak pilih kawan..? kita tau ke hati kawan kita tu macam mana..? Pokok pangkalnya hati kita sendiri..berdoala pada DIA ..InsyaAllah..ada petunjuknya..kebiasaannya jika kita buat baik pada orang..mesti perkara baik jugak yg kita dapat nnti..saya pecaya benda tu..hati kena baik ye..



Pasal kewangan lak...hmmmm..kebelakangan ni saya tengok..banyak sangat iklan perniagaan bersepah kat web² popular yg kita dok jenguk hari² tu..penuh page saya di tag dengan iklan yang bukan²..dh jadi mcm ''out of law''...''tampal'' iklan merata dorang ni... macam mana kita nak pilih iklan yg betul² boleh memberi manfaat kepada kita..?? kalau kita nak buat bisnes, iklan apa yg sesuai..? kalau korang betul² berminat nk jadi ahli perniagaan, pastikan pilih iklan bisnes yang ada platform kukuh.bukannya asal tgk ayat² yg dorang iklan tu beribu, korang dah kelabu mata..kita kena ingat, mcm mana mudah nya dorang tabur janji manis dlm iklan dorang tu..mcm la senangnya dorang nk nganyat kita supaya join bisnes dorang..pilih yang betul² ada platform kukuh..contoh, kt mana dorang beroperasi, ada syarikat ke? ada website ke? ada staf sokongan tak? jangan pakai redah je o.k..

Kisah kekeluargaan...ni satu lagi masalah..kadang² bukan dengan ibu, bapa, atau adik beradik kita..boleh jadi dengan sepupu sepapat, mak sedara ka, pak sedara ka, kakak sedara, abg sedara, sedara bau² bacang ka..semuanya boleh mendatangkan dilema kepada kita..macam dalam satu kisah keluarga saya ni..yg buat perangai bukan la adik-beradik, tapi sepupu sepapat..malas nk cerita, buat sakit hati ja..bagi saya kisah ''itu'' buatkan sya betul² bukak mata tentang realiti kehidupan kita..kita sendiri boleh ''dibuang'' keluarga jika kita cuba untuk mempertahankan kebenaran, sedangkan ''sidia'' yang buat angkara boleh lepas bebas tanpa sebarang sekatan..nampak macam tak adilkan..? tapi saya yakin mesti ada hikmahnya kalau saya bersabar sikit je lagi.. hmmmm...

Moral of the story nya...semua yang berlaku dalam fasa kehidupan adalah proses pembelajaran yang amat berharga..kita cuma perlu pandai menilai dan buat penafsiran..untuk pedoman dihari muka..semua yang berlaku ada hikmahnyaaaa.....
Aduhhhhhhh...lega aihh..bila dapat luah semua perasaan dalam nih..

... apa² pun one of my mission in 2011 ni dh tercapai...berat badan haku dah turun 5 kg..wallaweiii..besh nya...ini lah kilo yg haku idam²kan selama beberapa bulan nih..

k.la jumpa lgi next time..

~Ana behibak~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...