tab

 photo Tab.jpg  photo TAB2.jpg  photo TAB3-1.jpg  photo doa.jpg

10 April 2011

Apa Itu Pemasaran Affiliate?

Apa Itu Pemasaran Affiliate?



Apa Itu Pemasaran Affiliate oleh Razif Yusof.

Menurut kamus, perkataan Affiliate membawa maksud; bergabung, bersekutu.

Oleh itu, di dalam konteks perniagaan internet ini,
program affiliate bolehlah disimpulkan sebagai;  
1  penggabungan usaha &  perkongsian keuntungan di antara dua pihak;

iaitu pihak penjual (pemilik produk) dengan agen penjual (peserta affiliate).

Ada juga pihak yang mempermudahkan lagi definisi Affiliate itu sebagai:
Rakan Pemasaran.

Program Affiliate yang biasa dilihat adalah terbahagi kepada 2 jenis;
  1. yang percuma
  2. yang berbayar.

Program affiliate percuma ini tidak mengenakan apa-apa syarat,
melainkan mendaftarkan diri sebagai peserta sahaja. Mana kala
yang berbayar pula, biasanya pihak penjual mensyaratkan kita
membeli terlebih dahulu produknya sebelum menjadi agen affiliatenya.

Ada juga syarikat yang melakukan kedua-duanya sekali !

Apa yang dimaksudkan ialah; walau pun pembelian bukanlah satu kemestian,
namun peserta yang terlebih dahulu membeli produk, akan mendapat peratus
komisen yang lebih besar berbanding dengan ahli yang mendaftar secara percuma!

Komisen jualan adalah ditentukan oleh pihak syarikat/penjual.
Kebiasaannya untuk produk fizikal (barangan yang mempunyai bentuk, saiz & berat)
komisennya agak kecil. Ini adalah kerana pihak syarikat terpaksa menanggung
kos pembuatan/pembelian dan juga kos penghantaran.

Sementara untuk produk yang bukan fizikal (yang boleh dihantar secara muatturun sahaja),
kadar komisennya agak tinggi dan lumayan. Ini kerana produk seumpama ini tidak
memerlukan modal kewangan yang besar.
(Inilah program affiliate yang paling saya suka)

Rekod Cabaran Affiliate Razif Yusof:
  • Top Affiliate The 4 Weeks To Freedom (Zamri Nanyan) - 4 angka!
  • Top Affiliate Pakar Produk Digital (Zamri Nanyan) - 4 angka!
  • Top Affiliate Pakar Ebook (Jamaluddin Bahari) - 4 angka!
  • Top Affiliate Rahsia Emas (Jamaluddin Bahari) - 4 angka!
  • Top Affiliate Panduan Emel (Rahman Basri) - 4 angka!
  • Dan banyak lagi... 
Saya sudah buat puluhan ribu dengan affiliate secara sambilan.

Saya juga ada berkongsikan tips affiliate mudah setiap hari dengan
rakan-rakan di Bisnes Affiliate Group (BAG). Berminat? Boleh lawati:

--------------------------------------------
Sejarah Affiliate Marketing
-----------------------------------
Program affiliate telah dicipta oleh CDNow.com pada tahun 1994 dan
kemudian dipelopori oleh Amazon.com pada tahun 1996. Pada mulanya
ia dianggap sebagai program bersama atau program partner.

Apakah Affiliate Marketing?
Affiliate Marketing adalah cara yang popular bagi mempromosi bisnes
secara online atau di internet. Affiliate akan mendapat pulangan daripada
jualan yang dibuatnya. Affiliate Marketing merupakan industi yang sangat
cepat berkembang di internet.

Kenapa Banyak Syarikat Menggunakan Affiliate Marketing?
Affiliate disukai kerana kosnya yang rendah dan merupakan salah satu
cara menjana pendapatan melalui internet. Ada sesetengah syarikat
mempunyai sektor yang bergantung sepenuhnya kepada affiliate marketing.

Berapakah Hasil Yang Kita Boleh Dapat Melalui Affiliate?
Sebenarnya tiada had pendapatan yang kita boleh perolehi daripada
internet. Ada affiliate yang boleh mendatangkan 5 hingga 6 angka
setiap tahun dan banyak super affiliate yang mempunyai trafik yang
tetap dan mempunyai komisyen yang tinggi.

FAKTA:
Affiliate merupakan antara pilihan yang terbaik dalam menjana
pendapatan di Internet. Ianya mudah dan senang diuruskan.

Mengenai Penulis



Razif Yusof terlibat dalam perniagaan internet sejak tahun 2008. Beliau sering
berkongsikan pandangan dan ilmu pemasaran internet kepada sesiapa yang
memerlukannya. Fokus beliau adalah kepada produk digital & bisnes affiliate.

Kenali beliau dengan lebih lanjut di http://facebook.com/pemasaraninternet

1 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...