tab

 photo Tab.jpg  photo TAB2.jpg  photo TAB3-1.jpg  photo doa.jpg

05 Mei 2011

Aku , Sahabat dan histeria...

Entry kali ni lebih berkisar pada perkara yg berlaku sepanjang bulan lepas...Tempat kerja aku mengalami peristiwa yang memeranjatkan dimana ada 2 orang staf di situ mengalami gangguan makhluk halus...senang cerita kena HISTERIA. Biasalah budak² pompuan ni bila ada masalah berat, bawak sampai tempat kerja..ditambah lagi dengan masalah tempat kerja yang ''keras'' kemudian gangguan pun berlaku..Hampir satu hari suntuk tu semua staf jadi takut² untuk menjalankan tugas masing²...Nasib baik la staf² yang lain dapat kawal diri dan baca apa yang patut..nampak jugak la nilai persahabatan kami kat situ...



Majikan terpaksa hantar wakil untuk dapatkan ''penawar''..mujurlah kami bertemu dengan seorang ustaz yang baik hati..ustaz ni lah yang banyak membantu..Alhamdulillah..keadaan kembali pulih seperti sediakala selepas dua minggu berikutnya...Banyak pengalaman dan pengajaran yang aku dapat sepanjang peristiwa tu berlaku..yang paling penting, sebagai umat islam , kita perlu sentiasa berwaspada dan beringat walau dalam keadaan atau di mana kita berada, jangan hanya berfikir tentang perkara yang menyeronokkan ja sampai tak ingat batas² dalam pergaulan, perbuatan, percakapan dan lain² lagila..

Isu sebenar yang aku nak cerita kat sini adalah tentang hubungan sesama manusia, macam kat tempat kerja aku ni melibatkan orang ramai..jadi kami sebagai staf selalu diperhatikan, jadi setiap masa kalau boleh kami harus menjaga tatatertib dan melayan pelanggan dengan sehabis baik, salah layan nanti di kata kurang sopan atau mengganggu diaorang plak, paling parah bila staf perempuan di istilahkan sebagai ''menggatal''...bila ada yang tak puas hati, mulala nak buat perkara yang bukan², sebagai contoh hantar ''sihir'' untuk balas dendam...hishhh..x masuk akal kan..? tapi itulah hakikatnya.

Banyak lagi pengajaran yang aku dapat...cuma aku terfikir kenapa manusia ni sentiasa ada perasaan hasad dengki dalam diri masing²??? soalan ni macam klise dan tak relevan kan... nama pun manusia..dah jadi habit plak sifat hasad dengki tu, macam kopi yang tak ada gula...tak lengkap...Kesan dari peristiwa tu, kami semua lebih berhati² dan berwaspada sewaktu menjalankan tugas, dan yang lebih teruk, 2 orang staf perempuan yang diganggu tu terus resign..diaorang dah tak sanggup nak kerja lagi. Dah hilang dua orang sahabat. Sekarang ni tempat diaorang dah diganti dengan dua orang pekerja baru...lelaki !!!

Sebelum aku akhiri entry kali ni aku nak kongsi sikit tips² mengelakkan histeria ...

al ustaz dato’ dr haron din saran amal muawizat.

Diolah Oleh A.A


بسم الله الرحمن الرحيم

Mangsa umpama dirasuk akibat histeria
Mangsa umpama dirasuk akibat histeria


Bagi menghindari kejadian histeria atau rasuk akibat gangguan makhluk halus berulang di kalangan para pelajar sekolah asrama mahupun orang awam, salah satu amalan dan petua yang sebaiknya diamalkan ialah Muawizat.Kejadian histeria adalah fenomena yang sering berlaku di sekolah-sekolah berasrama penuh yang perlu diambil perhatian oleh pelbagai pihak di samping mengamalkan beberapa kaedah, amalan dan doa tertentu bagi mengatasi gejala terbabit.
Muawizat adalah surah-surah yang terdiri daripada surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas yang dibaca setiap hari baik sebelah pagi atau pada sebelah malam, selain hadis sahih Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menyebut ayatul Kursi juga turut dibaca bagi menghindari kejahatan dan gangguan makhluk halus.
Demikian saranan Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato’ Dr Haron Din ketika diminta mengulas berhubung kejadian histeria di sekolah-sekolah yang terpaksa ditutup akibat kejadian Histeria.
Beliau turut menjelaskan beberapa punca yang menyebabkan terjadinya kerasukan di kalangan para pelajar antaranya ialah berlaku ‘breakdown’ pada perasaan atau jiwa seseorang disebabkan tekanan (tension) belajar yang terlalu tinggi di samping kelemahan seseorang mengalami emosi ketakutan yang bersangatan sehingga memudahkan gejala makhluk halus mengganggu hingga terjadinya histeria.
“Ketakburan juga boleh menyebabkan histeria iaitu berani yang terlampau sehingga mengganggu atau mencabar tempat-tempat yang dipercayai ada makhluk halus,” katanya yang kini berada di Langkawi ketika dihubungi.
“Selain itu, akibat manusia yang menceroboh kawasan ‘mereka’ hingga mereka datang ‘membalas’ pula.”
“Dan fenomena ini tidak hanya berlaku di sekolah-sekolah agama, sekolah biasa atau berasrama penuh sahaja tetapi juga banyak terjadi di kilang-kilang serta tempat orang berkenduri kendara,”kata pengamal perubatan Islam itu.

‘Pindahkan’ makhluk halus ke kawasan lain

ImageIni menjelaskan lagi katanya bahawa dunia ini tidak didiami oleh manusia sahaja malah turut dihuni oleh makhluk-mahkluk lain juga yang dikenali dengan pelbagai nama dan oleh yang demikian manusia sewajarnya tidak sewenang-wenangnya menceroboh kawasan ‘mereka’ atau lebih baik lagi berdoa kepada Allah SWT supaya dihindari dari gangguan jin syaitan mahupun makhluk halus.
“Sebaik-baiknya sebelum buat bangunan atau sekolah di satu-satu kawasan, perlu berdoa terlebih dahulu supaya dilindungi ataupun ‘memindahkan’ makhluk tersebut ke kawasan yang lain,” katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa Rasullulah juga turut berdoa kepada Allah
agar dilindungi daripada diganggu oleh makhluk yang mendiami alam ghaib ini.
Doa tersebut katanya berbunyi begini: “Wahai bumi, tuhanku dan tuhanmu sama iaitu Allah, aku mohon perlindungan Allah daripada kejahatanmu dan kejahatan yang keluar darimu, dan kejahatan yang turun atasmu, kejahatan yang melata atasmu seperti binatang berbisa dan mahkluk halus yang mendiami tempat ini serta keturunan-keturunan mereka.”
Sebelum itu, Mufti Selangor, Dato’ Mohd Tamyes Abd Wahid, yang turut mengulas kejadian terbabit dilaporkan berkata bahawa apabila seseorang takut kepada syaitan dan makhluk halus seperti jin, ia hanya akan menyebabkan makhluk itu semakin bongkak.
Pelbagai kelibat dikatakan dapat dilihat mangsa
Pelbagai kelibat aneh dikatakan dapat dilihat mangsa

Jangan tinggal solat

“Kita ambil contoh, kadang-kadang pelajar yang tinggal di asrama, khususnya pelajar perempuan, sering
ditakut-takutkan dengan kewujudan ‘penunggu’ di bilik air dan disuruh berhati-hati sehingga akhirnya mereka percaya,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan pelajar di sekolah berkenaan tidak meninggalkan solat dan menjaga disiplin dan apabila seseorang meninggalkan solat, amat mudah syaitan mengganggu menyebabkan kejadian seperti histeria.
Mohd Tamyes yang mempunyai pandangan yang sama dengan Haron Din berkata, mahkluk halus seperti jin berada di sekeliling manusia, cuma ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Seperti manusia, katanya, ia memiliki tempat tinggal dan selalunya menghuni rumah yang ditinggalkan kosong.
“Semua pelajar perlu berhati-hati dan mempunyai kekuatan diri supaya tidak mudah dirasuk serta tidak mudah takut dengan gangguan syaitan dan iblis,” katanya..

2 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...