Hidup ini selalu di uji dengan pelbagai dugaan & cabaran..namun mampukah kita sebagai hamba-NYA menerima segala ketentuan dari DIA...?
Sesungguhnya ALLAH telah menjanjikan yang terbaik untuk setiap hamba-NYA...maka kita wajib untuk yakin dan percaya hanya kepada-NYA..Cukup-cukuplah bersedih,kerana senantiasa bersedih itu bukanlah jalannya untuk kita keluar dari permasalahan yang melanda.
Cinta...banyak yang tersungkur akibat bahana cinta palsu mainan manusia...mengapa kita harus bersedih apabila dipermainkan cinta manusia..ya..bersedih kerana putus cinta adalah salah satu terapi penenang jiwa,menangislah sepuasnya sebagai tanda jiwa kita memberontak tentang kenapa & mengapa....menangislah selagi mana air mata itu setia mengalir tanda HATI kita terluka...
Tetapi kita harus sedar...Cinta pada manusia tidak kekal..Sampai satu saat nanti kita akan tahu betapa ALLAH itu amat menyayangi kita kerana DIA sengaja menemukan kita pada yang salah terlebih dahulu sebelum kita miliki yang sejati...Cintailah pada yang selayaknya kita cintai...Cintailah si dia yang sujud & patuh pada setiap perintah yang Maha Esa..seperti mana kita juga yang sentiasa setia patuh pada setiap suruhan-NYA...
Cukup-cukuplah bersedih..tabahkan hatimu setabah Nabi Muhammad S.A.W sewaktu baginda menyampaikan syiar islam...sekuat mana cabaran & dugaan dalam kehidupan ini,sesungguhnya ALLAH telah meletakkan sebaik-baik sumber kekuatan dalam diri kita...usah bersedih hanya kerana kita ditinggalkan oleh manusia yang bersifat baharu...Bina hidup baru agar kita kembali kuat melalui setiap liku-liku kehidupan yang mencabar ini.Berdoa & bertawakkal pada Yang Esa semoga segalanya dipermudahkan...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tidak ada gunanya kita mengadu dan bersedih hati, bila kita diuji Allah. Kerana orang-orang yang beriman hanya bersedih bila Allah tidak memandangnya lagi, selagi ada pandangan Allah pada kita, maka syukurilah dengan ujian itu. Tanda Dia amat mengambil berat akan hal kehidupan kita. Tidak bermakna hilang kasih manusia itu, hilang selamanya. Mungkin ada kasih yang lebih hebat menanti di hari muka, yang kita tidak pernah bayangkan di mata dan tidak pula pernah kita kecapinya di hati.
Sebaliknya, dekatilah Allah sedekat-dekatnya. Kasihilah Allah sedalam-dalamnya. BERBUALLAH DENGAN ALLAH selalu. Bermunajatlah kepadaNya selalu. Mengadulah masalah kita padaNya selalu. Mintalah kasihNya selalu. Nescaya Dia akan sentiasa dekat pada kita. Dia akan sentiasa kasih pada kita. Dia akan selalu berbual dengan kita. Dia akan selalu mendengar munajat kita. Dia akan selalu berkongsi masalah kita. Dan yang paling penting, Dia akan sentiasa meletakkan kita sebagai hambaNya yang mulia di sisiNya.Apalah harga dunia jika ditimbangkan dengan setitik kasih sayang Allah. Hilang nikmat dunia bila datang setitis rahmat Allah. Lebur seluruh dunia, tenggelam dalam cinta Allah. Bila manusia sudah benar-benar teguh bersama Allah, perjalanannya sentiasa tenang dan damai, hatinya sentiasa terpaut pada Allah. Kasihilah Allah sepenuh hatimu, tumpahkanlah cintamu kepadaNya seikhlas mungkin, dekatilah Allah sedekat mungkin dan cintailah Allah sehalus mungkin. Nescaya hadir nanti insan yang mendekatimu kerana kelimpahan kasihmu pada Allah, kerana keikhlasan cintamu pada Allah, kerana dekatnya dirimu dengan Allah.. ketika itu dirimu akan menjadi perantara tumpahnya kasih Allah padanya...
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, kelak Allah Yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam (hati) mereka rasa kasih sayang. (Surah Maryam ayat 19)