Bila hati terluka...
Kecewa kerana cinta, kecewa
kerana kerjaya, kecewa kerana akademik, kecewa kerana keluarga, kecewa
kerana sahabat, kecewa dengan hidup... Rasa remuk redam di jiwa, amarah
apatah lagi, membuak-buak membakar perasaan... Belum ditambah dengan
rasa pilu dan sebak kerana dikecewakan... Yang bernama nafsu lebih
berkuasa saat terluka...
Bila kita kecewa...
Kepada siapa dulu kita mengadu?
Banyaknya kita mengadu di wall-wall Facebook, melepaskan geram di
blog-blog, bercerita dengan teman paling rapat mungkin... Masa ni kita
sering terlupa adanya yang lebih berhak mendengar luahan hati kita...
Adanya yang lebih berkuasa untuk menghilangkan rasa gundah di hati
kita...
Allah sentiasa ada...
Bila kita gembira, bila kita
bersedih, bila kita kecewa, Dia sentiasa ada... Tapi kenapa kita selalu
terlupa dengan Dia? Sedangkan tiada yang memberi kita 'ilham' untuk
mengadu di wall-wall Facebook, menulis di blog-blog dan kawan-kawan
untuk mendengar, selain Dia... Yang memberi kita semua itu Dia, tapi
jarang pula kita sujud lama di atas sejadah berkongsi rasa, bermunajat
pada waktu dinihari untuk berbicara tentang seribu kisah yang berlaku
pada hari yang lalu, kita lebih mengharapkan yang lain dari Dia... Lebih
senang dengan yang lain dari Dia...
Muhasabah bersama, mungkin kita
sudah semakin jauh dari Dia hingga kadang-kadang kita jadi begitu kecewa
kerana tiada rasa redha kepada Dia... "Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram." [ar-Ra'd: 28]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan