tab

 photo Tab.jpg  photo TAB2.jpg  photo TAB3-1.jpg  photo doa.jpg

06 Januari 2012

~ Kawan ketawa senang dicari, kawan menangis sukar ditemui..just be strong my friend... ~

Assalammua'laikum...



Hari ni update aku lebih kepada cerita tentang kawan...dedikasi buat kawan aku yang sedang dalam kesedihan kerana adiknya ditimpa musibah...dalam kehidupan seharian kita, kita perlu pandai memilih kawan..kalau salah pilih nanti takut bawa mudarat pada diri kita sendiri..

Setiap kali aku mula bekerja di satu² tempat tu, bila dah lama² aku kebiasaannya akan mudah jadi kesian pada orang dan kalau boleh aku akan anggap kawan² kat tempat kerja tu macam saudara sendiri. Malangnya bila ada sesetengah dari mereka mula mengambil kesempatan dari aku. Itu cerita zaman batu aku masa aku kerja kat tempat lama, Alhamdulillah kat tempat baru ni semua 1 kepala..boleh layan la senang cakap..

Dalam famili aku pun sama..abah aku antara yang femes la dengan ''buatan orang'' ni ( kamus aku bagi ''buatan orang'' tu adalah : terkena dengan kawan sendiri ye..jangan pikir bebukan plak..☻ ) biasanya kakak aku la yang banyak terkena ngan kawan² dia, tah kat mana la silap nya dengan kakak aku tu..selalu ja terkena dengan kawan sendiri....terkena macam mana tu tak payah la aku cerita, bagi yang faham, faham la..kalau sesapa yang tak faham tu..dinasihatkan buat² faham o.k.. ☻

Penat lak rasanya bila lama menaip ni....(sebab sekarang aku malas menaip) o.kla, aku teruskan hajat sebenar aku pasal entry ni ye..kat bawah ni aku ''tampal'' kan artikel pasal jenis² kawan..pusing² kat rumah encik google tadi aku terjumpa la artikel yang bagi aku memang gempak tak hengat nih..( maafla kalau ade antara korang dah terbaca artikel ni, alaaa..apa salahnya baca sekali lagi walaupun dah berkali² korang baca..membaca tu kan jambatan ilmu.. ☻ ) sila kan membaca murid² ku.. ☺

KREDIT UNTUK : http://scootering.com.my/ & http://salamtazkirah.blogdrive.com/

Imam Al-Ghazali berkata Kawan dibahagikan kepada 3

1.         Kawan yang pertama  : kawan yang ada ilmu. Bila kita berkawan dengan dia, dia sentiasa bagi ilmu dan nasihat kepada kita. Imam Al-Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana kebaikan yang banyak diperolehi.

2.         Kawan yang kedua :  dia tidak ada ilmu, tapi kita ada ilmu dan dia terima ilmu dan nasihat agama yang kita sampaikan kepada dia. Imam Al-Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana dengan kita sampaikan ilmu dan nasit kepada dia, dia dapat laksanakan perintah Allah.

3.          Kawan yang ketiga :dia tidak ada ilmu. Kita ada ilmu tapi bila kita bagi ilmu dan nasihat kepada dia, dia tak terima dan macam-macam lagi alasan iaitu dia menolak ilmu dan nasihat yang kita bagi. Iman Al-Ghazali kata jangan kawan dengan orang macam ini kerana tiada bagi manafaat kepada kita dan dia. Dan takut-takut kita pula yang terikut cara dan tingkahlaku dia yang membawa kemaksiatan kepada Allah s.w.t
Nabi s.aw. bersabda seseorang itu akan ikut siapa yang dia kawan. Jika kamu berkawan dengan tukang jual minyak wangi dan kamu tidak mampu membeli minyak wangi itu tetapi setidak-tidaknya bau harum minyak wangi akan kena juga pada pakaian kamu DAN jika kamu berkawan dengan tukang ketuk besi, biarpun percikan api daripada ketukan tidak kena pada kamu tetapi bau asap api akan kena juga pada pakaian kamu.

Kesimpulan hadis: -


Umpama berkawan dengan tukang jual minyak wangi iaitu kita berkawan dengan orang yang baik-baik iaitu orang yang selalu ingat pada Allah, orang yang selalu pergi masjid, selalu ikut kuliah agama, selalu bagi nasihat dan ajak ke arah kebaikan. Jadi bila kita berkawan dengan orang macam ini kita akan ikut dia pergi masjid dan buat perkara-perkara yang disuruh oleh Allah dan tinggal perkara-perkara yang dilarang oleh Allah.
Umpama berkawan dengan tukang ketuk besi iaitu kita berkawan dengan orang yang tidak ingat kepada Allah, orang yang selalu buat maksiat dan selalu ajak kita ke arah kejahatan. Jadi bila kita berkawan dengan orang macam ini kita akan ikut cara dia. Kalau dia kaki karaoke, kita pun akan jadi kaki karaoke, kalau dia kaki perempuan kita pun akan jadi kaki perempuan dan sebagainya.

Oleh itu, ambillah iktibar, dan jangan tersilap pilih kawan di dunia ini.



- Kawan yang hanya mendapatk an manfaat dari kita.


Kawan jenis ni, akan meninggal kan kita bila dia merasa kita ni dah tak
berguna padanya. Kawan jenis ni ramai. Kawan jenis ni selalu memaksa
kita menghulur kan bantuan, jika kita setuju menolongn ya, dia akan redha
dengan kita dan jika kita menolak untuk menolong, dia akan membenci kita.


2- Kawan berseronok.


Kawan jenis ni berkawan dengan kita hanya kerana dia seronok bersemban g, berteman dan lain-lain dengan kita sedangkan dia tidak pun memberi manfaat kepada kita. Kita dan dia tidak saling memberi manfaat untuk satu sama lain. Berkawan dengannya hanyalah membuang masa. Hati-hati dengan kawan jenis ini, kerana ia hanya membazir waktu kita.


3- Kawan yang memberi manfaat kepada kita dan menjauhkan darurat daripada kita.


kawan jenis ini, adalah kawan yang membawa kepada kebaikan dan menjauhka n kita dari perkara buruk. Dia membuka untuk kita, pintu-pintu kebaikan dan membimbin g kita kepada kebaikan. Peliharal ah sungguh-sungguh hubungan dengan kawan jenis ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...