Hai semua....haaaahhhhh...legaaaa...lega kenapa ye..? haaa...lega sebab semua majlis dah pun selesai. Apa yang selesai ye..?? hmmmm...yang selesai tu adalah majlis perkahwinan adik lelaki aku..3 minggu aku dan famili bersengkang mata, bertungkus lumus membuat persiapan terakhir sebelum ni, memang meletihkan..rasa macam nak tertanggal dah tangan² dan kaki² ni ( kalau boleh tertanggal la.. ) Akhirnya selesai jugak..nasib baik lah ada ramai sedara-mara yang tolong termasuk orang kampung aku, maklumlah majlis kawin adik aku ni dibuat secara gotong- royong..
Cerita nya kat sini, entry untuk hari ni adalah berkenaan dengan majlis kawin adik aku la..aku nak share la sikit sebanyak gambar² yang sempat aku snap masa sebelum, sedang dan selepas majlis berlangsung..kalau korang rasa nak layan gambar² ni, layanlah..tiada paksaan..seronok sebenarnya bila kenduri kawin ni dijalankan secara gotong-royong, maklumlah trend orang zaman sekarang banyak yang suka guna ''catering'' bila buat majlis kawin, gotong-royong tu dah kurang..so aku terpanggil untuk share ngan korang apa yang aku lalui sepanjang majlis berlangsung...amat meletihkan tapi berbaloi bagi aku... ☺
Korang tengoklah gambar² ni beserta description yang aku taip tu..semoga korang enjoy.. ☺
Untuk gambar² yang pertama ni, sehari sebelum majlis berlangsung...
Kedatangan Pengantin
Makcik² ''mentara'' yang membantu....
Selepas majlis selesai...gotong -royong bukak khemah...
Gambar terakhir....Jeng..Jeng..jeng..
PENGANTIN TERSEKSI ABAD INI... ☻
P/S : Sori adik...nana candid gambar hg kat dalam nih.. :p
Akhir kata..aku ucapkan bebanyak terima kasih la pada semua orang yang sudi membantu majlis kenduri kawin kat rumah aku ni..hanya ALLAH je la yang mampu membalas jasa anda semua..tanpa anda semua, majlis ini takkan berlansung dengan lancar...thanx u all ..mmmuaaahhhhh.... ☺
Tiada ulasan:
Catat Ulasan